ingat Muzium Kota Kayang, Perlis terbiar?
- ADIK A
- Mar 27, 2016
- 2 min read
Semalam adik A pi Muzium Kota Kayang, Perlis. Sebelum pi tu, macam-macam adik A sangka tau. Adik A ingat muzium tu buruk la, muzium tu berhantu la, ingat muzium tu terbiar la dan macam-macam lagi la..Tambah pula, dok dengar kawan-kawan kata macam-macam, adik A rasa takut nak pi tau. Lagipun, muzium tu kan dah lama dan ada makam Sultan kat situ. Tapi Adik A kena pi jugak la sebab kena siapkan esaimen. Adik A ditugaskan untuk mengkaji koleksi yang ada kat Muzium tu, memang maklumat semua ada kat internet tapi kalau tak pi rasa serba salah sangat. Sampai bila, kita nak ambil maklumat kat orang ja.Kita kena la pi juga kan. Lagipun, dari rumah Adik A ni tak la jauh mana sangat, dalam sejam la.
Jadi Adik A nak kongsi la serba-sedikit maklumat yang Adik A dapat masa dekat sana tu. Walaupun tak seberapa tapi amat berhargai tau untuk pengetahuan, pengalaman dan pemikiran kita, tambah pula, Adik A ni sekarang pelajar warisan..
Bak kata orang dulu-dulu, jauh perjalanan luas permandangan tau...

ni la rupa Muzium Kota Kayang
Muzium Kota Kayang, Perlis ni rupanya ada banyak galeri dekat dalam nya. Sebelum ni, ingat macam-macam muzium lain ja. Tapi bila masuk ja, Adik A teruja pula tengok sebab banyak la pula galeri-galeri kat dalamnya sehinggakan letih Adik A nak pusing semua galeri. Ada galeri sejarah, galeri arkeologi, galeri kebudayaan, galeri Diraja dan galeri Senjata.
Galeri sejarah memaparkan tentang kisah zaman penjajahan terdahulu sebelum kemerdekaan sehinggalah mencapai kemerdekaan. Galeri tu juga turut memaparkan barangan-barangan yang digunakan penjajah seperti topi dan pedang Jepun, Menora, beg pakaian, topi besi tentera British, pedang tentera British, dan perahu Candik Sumatera.

ni gambar topi dan pedang tentera Jepun

ni beg pakaian tentera Jepun dulu-dulu
Gambar diatas tu, antaranya la.ada banyak lagi sebenarnya tapi Adik A boleh kongsi yang tu ja sebab kesuntukan masa sama tau.
Galeri arkeologi pula mempamerkan koleksi tentang penemuan barangan hasil daripada kerja-kerja cari gali seperti kerang laut, siput air tawar, alatan batu sebagai alat upacara sembahyang dan sebagainya.
ini antaranya gambar kat galeri arkeologi


Kalau kat galeri kebudayaan pula, macam-macam koleksi ada seperti barangan didalam bidang pertanian, bidang perikanan, bidang permainan wau, bidang hadharah, dan bidang Awang Batil.

ni tanggguk yang digunakan dalam bidang perikanan

kompang yang digunakan dalam Hadharah
Dekat galeri Diraja pula, mempamerkan pelbagai salasilah tentang keturunan Diraja seperti Salasilah Keturunan Jamalullaih, Salasilah DYMM Raja Perlis dan alat-alat kebesaran diraja seperti tepak sirih Perak, tongkat senjata, meja pengisytiharan dan sebagainya.



Kemudian, galeri senjata pula.Macam-macam senjata ada tau. Sampaikan setengah tu, Adik A tak pernah tengok.

ni kelewang

ni Jambia
Okey lah, Adik A rasa setakat ni dululah Adik A kongsi kepada semua. Adik A akan berkongsi lagi jika diizinkan Allah.
Kalau korang nak tau lebih lanjut, korang pergilah muzium tu,seronok tau dapat lihat sendiri. Jangan pernah rasa rugi tau sebab muziumlah dapat menceritakan bermulanya kita dapat hidup selesa sekarang.
Jadi Adik A mintak diri dulu..ada masa kita jumpa lagi tau..
Assalamualaikum............
Comments